Tahap kesedaran rakyat tentang kesihatan pergigian masih rendah

MELAKA, 1 Nov (Bernama) -- Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan kebanyakannya memandang mudah isu tersebut, kata  Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Dr Nomah Taharim.

Beliau berkata berkata sikap mengambil mudah mengenai kepentingan pemeriksaan berkala pergigian boleh mengundang kepada risiko penyakit bahaya seperti 'periodontal' atau penyakit gusi.

“Sikap sambil lewa sesetengah individu hanya berjumpa doktor apabila gigi sakit atau sudah longgar perlu diubah agar rawatan awal boleh diambil bagi mengelak daripada risiko penyakit bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Pergigian warga Kolej Komuniti 'Transformation With 1 Smile Together' (TW1ST) peringkat negeri di Ayer Keroh di sini.

Katanya penyakit gusi boleh diubati sekiranya pesakit mengenal pasti tanda-tanda awal dan menurutnya  kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan memberikan rawatan dan mempromosikan amalan penjagaan kesihatan gigi yang betul .

"Ada juga yang bertanya… kenapa gigi tak berlubang tetapi berasa ngilu? (Sebenarnya) gusi yang tak sihat lama-lama akan menurun hingga mendedahkan akar gigi seterusnya longgar dan terpaksa dicabut.

 "Jika terdapat tanda-tanda awal seperti gusi bengkak dan berdarah (ketika menggosok gigi), segeralah mendapatkan rawatan lanjut bagi mencegah kerosakan," katanya. 

Dalam pada itu, Dr Nomah berkata  negara masih belum mencapai sasaran satu doktor gigi untuk 1,500 penduduk dengan nisbahnya ketika ini adalah satu doktor gigi bagi 3,728 penduduk.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2