LONDON, 2 Nov (Bernama) -- Produk ganja perubatan telah dibenarkan di bawah keadaan tertentu di Britain pada Khamis, dengan lebih 80,000 doktor pakar layak untuk memberikan produk berasaskan ganja.
Menurut satu garis panduan yang diterbitkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional, mereka dibenar memberikan ganja perubatan hanya apabila "terdapat bukti jelas berkaitan manfaat" dan pilihan rawatan lain telah kehabisan.
Peraturan baharu berkaitan ganja perubatan dibuat selepas kes dua kanak-kanak, Alfie Dingley dan Billy Caldwell yang mengalami epilepsi teruk, telah bertambah baik dengan rawatan minyak ganja, lapor agensi berita China Xinhua.
Kempen ibu bapa mereka telah berjaya membawa perubahan dalam perundangan.
Bagaimanapun, reaksi terhadap perubahan undang-undang itu daripada orang ramai bukan semuanya positif.
Dr Waqar Rashid, seorang pakar saraf perunding di Hospital St George, mahukan ujian dijalankan bagi produk ganja perubatan.
Britain bukanlah satu-satunya negara yang membenarkan penggunaan ganja perubatan.
Amerika Syarikat, Chile, sebahagian dari Australia dan India turut membenarkan penggunaan sesetengah produk marijuana perubatan.
Pada Oktober, Kanada menjadi negara kedua selepas Uruguay yang membenarkan penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN