Dana perlindungan kesihatan bagi golongan B40 bermula tahun depan  

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam usaha memperkukuh jaringan perlindungan kesihatan golongan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya skim yang akan bermula pada Januari 2019 itu merupakan hasil usaha sama kerajaan dan syarikat insurans swasta. 

Beliau berkata skim itu menyediakan perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.

“Kerajaan menghargai sumbangan Great Eastern Life Insurance atas persetujuan mencarum sebanyak RM2 bilion dalam dana permulaan yang akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

“Kerajaan menjangkakan saiz dana akan berkembang dengan penglibatan syarikat insurans lain,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Lim berkata pada belanjawan kali ini, kerajaan memperuntukkan hampir RM29 bilion bagi perkhidmatan kesihatan, iaitu peningkatan 7.8 peratus berbanding belanjawan lalu.

Katanya peruntukan itu termasuk RM10.8 bilion bagi membaik pulih klinik dan hospital serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan.

Beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan RM100 juta untuk memperkenalkan Skim Perlindungan Kesihatan (Peka) dengan melaksanakan projek perintis saringan kesihatan bagi golongan  B40 berusia 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang.

Selain itu, Lim berkata kerajaan juga akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payu dara (mamogram), program vaksinasi Human papilloma virus (HPV) dan ujian saringan pap smear di hospital dan klinik kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Di samping itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut dalam kalangan kanak-kanak serta menyediakan saringan dan peluasan rawatan hemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018