Cadangan perkenal Duti Eksais ke atas minuman bergula bantu rakyat amal gaya hidup lebih sihat



PONTIAN, 3 Nov (Bernama) -- Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan duti eksais ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum mulai 1 April 2019, disifatkan langkah tetap arah memupuk gaya hidup lebih sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata beliau amat bersetuju dengan cadangan itu dan menegaskan bahawa ia amat penting atas faktor kesihatan rakyat kerana dapat menggalakkkan masyarakat mengurangkan pengambilan minuman yang manis.

"Kenapa nak minum minuman berkarbonat, lebih baik minum air  kosong, air mineral. Itu lebih sihat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Doktor Johor For You di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ken Boon, Kukup, dekat sini, hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumuman cadangan memperkenalkan duti eksais bermula 1 April depan, pada kadar 40 sen seliter bagi dua kategori minuman bergula. 

Lim berkata ia membabitkan minuman dengan nilai ambang kandungan gula iaitu air minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain mengandungi gula melebihi 5 gram bagi setiap 100 milimeter dan jus buah-buahan serta sayur-sayuran dengan gula melebihi 12 gram bagi setiap 100 milimeter.

Sementara itu seorang suri rumah yang ditemui di KUANTAN, Norazwani Yusof, 35, yang mempunyai tiga orang anak berusia antara lapan dan lima bulan berkata, ramai yang masih tidak menyedari kebanyakan minuman termasuk jus buah-buahan mengandungi kadar gula yang agak tinggi.

"Rasanya tidak ramai yang benar-benar membaca maklumat pemakanan yang tertera pada kotak minuman sebelum membeli... diharapkan apabila ada kenaikan harga, mereka sedar bahawa minuman itu sebenarnya mengandungi gula. 

"Tidak salah jika minuman tersebut diambil dalam kadar yang berpatutan atau sesekali, namun ada yang beranggapan minuman jus adalah pilihan yang lebih sihat berbanding minuman berkarbonat," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Suri rumah Siti Zulaikha Mohd Zahid, 34, juga bersetuju dengan pengenalan duti ekasais baharu itu dan berharap ia dapat mengurangkan tabiat membeli minuman berkenaan, terutamanya pada musim perayaan atau pada sambutan hari istimewa.

Ibu kepada tiga orang anak berusia antara tujuh dan dua tahun itu mengakui agak sukar untuk mengawal pengambilan air manis di kalangan anak-anaknya terutama di majlis keraian, walaupun beliau ‘mewajibkan’ pengambilan 'air masak' di rumah.

"Ada yang memberikan air kotak atau jus bersama-sama makanan ringan sebagai tanda kesyukuran hari istimewa anak di sekolah, namun yang membimbangkan ialah apabila terlalu ramai yang menyambut ulang tahun dalam masa dekat. 

"Saya faham niatnya untuk bersedekah dan air kotak lazimnya lebih murah jika dibeli dalam kuantiti yang banyak berbanding susu... bila anak bawa balik pun sukar untuk menghalang dia daripada minum kerana itu pemberian orang," katanya.

Bagi Nieza Osman, 43, pula, beliau menyokong keputusan kerajaan itu yang akan meningkatkan harga minuman bergula memandangkan ada di antara keluarganya menghidap penyakit kencing manis. 

Katanya, langkah itu disifatkan sebagai intervensi kerajaan dalam memupuk tabiat prihatin terhadap pilihan makanan dan minuman, selain mengelakkan anak-anak dibiasakan dengan minuman manis pada usia muda.

Nieza juga berharap kementerian berwajib seperti Kementerian Kesihatan boleh memainkan peranan lebih aktif di sekolah dalam memberi pemahaman tabiat pemakanan yang sihat, selain memantau penjualan minuman dan makanan proses di sekolah.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018