TANAH MERAH, 3 Nov (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah mengenal pasti semua klinik dan hospital yang berisiko ditenggelami banjir di negeri ini sebagai langkah persiapan menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim tengkujuh.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin berkata langkah tersebut adalah prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu dalam memastikan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas.
"Antara lokasi yang dikenal pasti berisiko ditenggelami banjir ialah Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Puteh dan Pasir Mas. Kita akan mengambil langkah memindahkan pusat kesihatan ke lokasi lain jika perkhidmatan tidak dapat dijalankan di klinik atau hospital yang terkesan banjir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2018 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah di sini, hari ini.
Turut hadir Pakar Perunding Gastroenterologis Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II Datuk Dr Rosemi Salleh.
Dr Zaini berkata pihaknya juga telah mengarahkan kesemua 14,211 kakitangannya termasuk pegawai kesihatan daerah bersiap siaga dari aspek logistik selain mengenal pasti kediaman pesakit di kawasan berisiko dinaiki air.
Katanya beberapa siri simulasi banjir juga telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi lain sebelum ini.
"Kita juga mungkin akan membekukan cuti kakitangan jika keadaan memerlukan selain memastikan mereka hanya bercuti di dalam kawasan," katanya.
Sementara itu, Dr Rosemi berkata rakyat di negeri ini dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda penyakit hepatitis.
Katanya penyakit hepatitis menyumbang 100 kali ganda kematian di negara ini berbanding pesakit HIV.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN