KKM ikrar urus peruntukan sebaik mungkin



SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) - - Kementerian Kesihatan berikrar untuk menggunakan peruntukan berjumlah RM29 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 sebaik mungkin, supaya kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat akan dapat dipertingkatkan.

Menterinya Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu juga dibuat bagi memastikan setiap hospital di bawah kementerian tersebut mampu menawarkan rawatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

"Kita akan pastikan peruntukan yang diterima itu akan diurus tadbir dengan baik, amanah dan berkesan.

"Kita akan pastikan peruntukan itu juga diagihkan sebaik mungkin terutamanya di hospital-hospital supaya rakyat boleh menerima rawatan terbaik yang ditawarkan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata selain mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, kementerian juga bercadang untuk memberi tumpuan kepada beberapa perkara termasuk dalam memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan rawatan dialisis dan hemodialisis.

Katanya, langkah itu perlu dibuat supaya golongan yang tidak berkemampuan turut dibantu dan tidak dipinggirkan dalam mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

"Inilah antara perancangan kami. Banyak lagi yang kami akan rancang dan akan buat khususnya berkaitan isu kesihatan untuk rakyat," katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam,  Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 bilion kepada Kementerian Kesihatan.

Peruntukan itu merupakan yang tertinggi pernah diterima Kementerian Kesihatan sepanjang sejarah belanjawan negara.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2