Larangan merokok: perokok diberi amaran dalam tempoh enam bulan

KAMPAR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan  memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas larangan merokok di semua premis makanan dikuatkuasakan mulai 1 Jan depan.

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata tindakan itu bertujuan untuk mendidik perokok supaya tidak merokok di kawasan larangan dalam memastikan orang awam bebas pencemaran asap rokok.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya akan mengeluarkan saman terhadap perokok yang masih berdegil merokok di premis makanan selepas tempoh berkenaan.

"Sepanjang tempoh (enam bulan) itu, kami akan bagi amaran lisan kepada perokok jika mereka merokok di restoran atau premis makanan berkonsep terbuka atau restoran tanpa penyaman udara.

"Jika perokok enggan mematuhi amaran itu (selepas tempoh itu) dan masih meneruskan merokok, mereka akan disaman dengan segera,” katanya kepada kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Klinik Kesihatan Malim Nawar di sini, hari ini.

Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng turut meminta pemilik premis makanan supaya memaparkan amaran larangan merokok dan tidak meletakkan bekas abu rokok di atas meja.

”Langkah ini bagi mengelakkan pelanggan merokok di premis makanan,” katanya. 

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di seluruh negara termasuk warung di tepi jalan, serta tindakan turut diambil terhadap perokok berkuat kuasa 1 Jan tahun depan dan cadangan itu sudah diluluskan kerajaan.

Langkah itu merupakan inisiatif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 dan ia merupakan antara inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2