Kementerian Kesihatan sudah mula persiapan hadapi musim banjir



PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan sudah memulakan persiapan untuk memastikan perkhidmatannya kepada masyarakat tidak terputus jika berlaku kejadian banjir dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Keong. 

Antara langkah persediaan kementerian ialah memastikan bekalan vaksin dan ubat mencukupi serta membuat persediaan untuk memberikan rawatan di pusat-pusat pemindahan banjir, katanya. 

"Bagi pesakit yang tinggal di kawasan berisiko banjir, petugas Kementerian Kesihatan akan menasihatkan mereka supaya mengambil bekalan ubat selama sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan," katanya ketika ditanya mengenai persediaan Kementerian Kesihatan untuk menghadapi musim banjir. 

Chong ditemui selepas majlis pelancaran Kempen Imunisasi Haji dan Umrah oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi kerajaan lain yang terlibat dalam koordinasi persiapan menghadapi musim banjir. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018