Pusat Hemodialisis Mawar beroperasi seperti biasa - Mawar Medical Centre

Gambar fail

SEREMBAN, 7 Nov (Bernama) -- Perkhidmatan hemodialisis yang ditawarkan oleh Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) di sini dan 13 lagi cawangan di seluruh negara tidak terjejas dengan arahan pemberhentian perkhidmatan pesakit dalam dan luar pakar Mawar Medical Centre (MMC) oleh Kementerian Kesihatan. 

Pengurus Besar MMC dan PHM Dafney Ho Choy Shin berkata sehubungan itu orang ramai tidak perlu bimbang tentang rawatan yang disediakan di PHM.

"Masalah timbul apabila MMC menerima surat daripada  Kementerian Kesihatan untuk memberhentikan perkhidmatan pesakit dalam dan luar pakar. Ekoran itu, MMC melalui PHM telah membalas surat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci dan menyatakan bahawa demi kebajikan pesakit, MMC perlu beroperasi seperti biasa dalam masa yang singkat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya MMC akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung masalah itu kepada orang ramai dari semasa ke semasa dan segala kesulitan amat dikesali.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada MMC dan PHM menerusi talian 06-7647048, katanya.

-- BERNAMA  


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018