Banyak Kes Monyet Malaria dikesan hasil diagnostik yang lebih baik

KUALA LUMPUR, 8 Nov  (Bernama) -- Lebih banyak kes Monyet Malaria (dikenali sebagai  Malaria Knowlesi) dikesan di Malaysia sejak pengenalan diagnosis berasaskan molekul untuk Malaria pada tahun 2009, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah kes Malaria Monyet meningkat daripada  376 pada tahun 2008 kepada 3,614 kes pada tahun 2017 manakala jumlah kes Malaria Manusia yang diperolehi secara tempatan telah menurun daripada 6,071 pada tahun 2008 kepada 85 dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Diagnosis molekul untuk Malaria Knowlesi boleh didapati di semua Makmal Kesihatan Awam (PHL) termasuk PHL Kebangsaan di Sungai Buluh, PHL serantau di Johor, Perak, Kelantan dan Sabah. Perkhidmatan ini juga boleh didapati di hospital rujukan sejak tahun 2014.

Sejak itu, lebih banyak kes Malaria Knowlesi  yang dikesan tidak seperti  sebelum ini di mana ia  dikasifikasikan  sebagai Malaria Manusia apabila didiagnosis di bawah pengenalan mikroskopik, "katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pelaksanaan Program Penghapusan Malaria oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 juga telah menghasilkan  pengurangan Malaria Manusia dan peningkatan kesedaran di kalangan pengamal perubatan terhadap Malaria Knowlesi.

 Bagaimanapun, pada masa yang sama ia membawa kepada kehilangan atau pengurangan imuniti dalam populasi terhadap Malaria termasuk Malaria  Knowlesi.

"Satu lagi faktor yang menyumbang kepada peningkatan dalam kes Malaria Monyet adalah perubahan dalam pola penggunaan tanah yang mewujudkan peluang yang lebih besar untuk limpahan  jangkitan kepada manusia melalui takung semla jadi atau akses kepada vektor yang dijangkiti," katanya.

Beliau berkata populasi monyet Maacaque merupakan  pembawa parasit knowlesi dengan nyamuk anopheles sebagai vektor. Oleh kerana gigitan utama Malaria Monyet  berlaku di luar, maka  pihak Kementerian melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang mengkaji keberkesanan racun serangga  secara Penyembur Sisa Luar.

"KKM juga menggalakkan sektor pertanian dan perladangan memberi perlindungan kepada pekerja mereka dengan penggunaan kelambu dan  semburan penghalau serangga sebagai pencegahan Malaria Monyet kerana  orang yang terlibat dengan aktiviti berkaitan hutan seperti pertanian, pembalakan dan aktiviti rekreasi berkaitan hutan berada pada risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti Malaria Knowlesi, "katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan bahawa notis panggil balik oleh United States Food and Drug Administration (USFDA) ke atas tiga produk dengan bahan aktif Irbesartan tidak melibatkan pasaran Malaysia. 

Jelasnya, produk Irbesartan Tablets USP 75mg, Irbesartan Tablets USP 150mg dan Irbesartan Tablets USP 300mg melibatkan 22 kelompok itu ditarik balik kerana kehadiran impurity N-nitrosodiethylamine (NDEA) yang berkemungkinan menyebabkan kanser kepada penggunaan dalam jangka panjang.  

"Semakan mendapati bahawa produk itu tidak dipasarkan di Malaysia dan dengan itu KKM ingin menegaskan bahawa produk Irbesertan di Malaysia tidak terlibat dengan arahan  panggil balik ini. 

--BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018