Eksport peralatan perubatan ke Eropah meningkat kepada RM5.45 bilion



KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Eksport peralatan perubatan ke Eropah meningkat 12.2 peratus kepada RM5.45 bilion bagi sembilan bulan pertama 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Dalam kenyataan, MATRADE berkata eksport peralatan perubatan ke Eropah lazimnya didominasi oleh sarung tangan perubatan, namun terdapat perubahan sktruktur eksport dengan barangan perubatan guna habis meningkat kepada 53 peratus pada 2018 daripada 28 peratus pada 2012.

Dari segi pasaran, lima destinasi paling utama eksport peralatan perubatan Malaysia di Eropah ialah Jerman (RM2.29 bilion), Belgium (RM1.54 bilion), Netherlands (RM450 juta), United Kingdom (RM369 juta) dan Itali (RM337 juta).

MATRADE berkata pihaknya akan memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat terhadap peralatan perubatan Malaysia dengan menggiatkan promosi jenama Malaysia di pameran penjagaan kesihatan dan peralatan perubatan MEDICA Dusseldorf di Jerman pada 12 hingga 15 Nov ini.

MEDICA Dusseldrof merupakan antara pameran penjagaan kesihatan dan peralatan perubatan terbesar di dunia.

Badan itu berkata, 10 syarikat Malaysia, terutama pembuat kit diagnostik dan ujian; bahan sanitasi dan nyahjangkit, kertas graf perubatan, sarung pencegah hamil inovatif, serta komponen perubatan, akan mengambil bahagian dalam MEDICA Dusseldorf.

"Penyertaan MATRADE dalam MEDICA Dusseldorf turut dijangka menyaksikan kejayaan pembuat produk perubatan pakai buang Malaysia ke pasaran Eropah.

"Pembuat tempatan akan menandatangani kontrak jangka panjang dengan rakan kongsi mereka di UK bagi perjanjian bernilai RM15 juta," katanya.

-- BERNAMA      


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1