Kira-kira 14 peratus penduduk Pahang penghidap diabetes

MARAN, 8 Nov (Bernama) -- Kira-kira  14.8 peratus daripada penduduk Pahang yang berusia 18 tahun ke atas adalah penghidap diabetis.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata apa yang membimbangkan ialah lebih separuh daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit itu. 

"Kebanyakkan mereka hanya mengetahui status diabetis apabila mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang dibuat saringan di luar atau menerusi program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen). 

"... itu pun tindakan untuk menjalani saringan dilakukan selepas merasakan ada tanda gejala diabetis," katanya pada Sambutan Hari Diabetis Sedunia Peringkat Pahang 2018 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Mohamed Sapian juga memuji peranan Kospen dilihat aktif membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan kepada komuniti.

Katanya, sehingga kini terdapat 277 lokaliti Kospen di seluruh Pahang melibatkan penduduk di kawasan taman perumahan dan kampung tradisional di negeri ini.

"Anggota Kospen terdiri daripada komuniti setempat yang diberikan latihan mengendalikan pemeriksaan saringan kesihatan komuniti mereka bagi penyakit diabetis, darah tinggi, obesiti dan menangani stress.

"Kampung atau kawasan perumahan yang terlibat dengan Kospen juga mempunyai kawasan berjalan kaki 10,000 langkah yang ditempatkan dengan papan tanda kerana ia sukan yang mudah dilakukan," katanya.

--BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1