1,975 kes malaria monyet dikesan di Sabah sehingga September 2018



KENINGAU, 11 Nov (Bernama) -- Sejumlah 1,975 kes malaria monyet dikesan di Sabah sehingga September tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi.

Beliau berkata statistik itu menunjukkan peningkatan 393 kes berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan Ranau mencatat bilangan kes malaria monyet tertinggi di Sabah iaitu 293 kes diikuti Keningau (293 kes) dan Kota Marudu (186 kes).

“Namun, keadaan masih terkawal dan masyarakat tidak perlu risau,” katanya kepada Bernama, di sini.

Malaria monyet adalah penyakit disebabkan oleh parasit dikenali sebagai Plasmodium Knowlesi dipindahkan daripada monyet dijangkiti kepada nyamuk Anopheles betina dan kemudian dipindahkan pula kepada manusia.

Nyamuk  Anopheles betina itu keluar dan aktif menggigit bermula 5.30 pagi hingga 8 pagi; dan 6.30 petang hingga 8 malam.

Dr Christina berkata pemindahan wabak itu akan sentiasa berlaku kerana cabaran utama membasmi penyakit tersebut ialah parasit terbabit hanya wujud dalam tubuh haiwan iaitu monyet dan ia amat sukar dikawal kerana rawatan hanya boleh diberikan kepada individu dijangkiti penyakit berkenaan.

Beliau berkata golongan yang terdedah kepada jangkitan penyakit itu ialah pekebun khususnya penoreh getah; peladang; pemburu; dan mereka yang tinggal berhampiran hutan.

Menurutnya, pembiakan nyamuk Anopheles banyak di Sabah, dan beliau menjelaskan pemindahan parasit malaria monyet itu berlaku di kawasan tempat tinggal dan tidak hanya di hutan atau ladang.

Situasi tersebut sangat membimbangkan jika masyarakat tidak peka mengenai penyakit itu dan bersama-sama membasmi pembiakan nyamuk, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Christina berkata, Sabah merekodkan hanya satu kes malaria manusia sehingga November tahun ini, dan ini adalah satu pencapaian terbaik daripada program sifar kes jangkitan malaria manusia di Sabah yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri.

Sabah adalah antara negeri yang pernah mencatat kes jangkitan malaria manusia paling tinggi di Malaysia suatu ketika dahulu, katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2