KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membuat penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 28 hari yang menghidap penyakit kronik (Severe Combined Immunodeficiency) dari Hospital Sibu, Sarawak bagi mendapatkan rawatan pakar di Hospital Serdang dekat sini.
Pesakit, Calvin Shayne Anak Stallone dikejarkan ke hospital itu menaiki ambulans sejurus pesawat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 12.30 tengah hari tadi.
TUDM dalam kenyataan hari ini berkata pesakit diterbangkan menggunakan pesawat milik TUDM jenis CN235 daripada No. 1 Skuadron dari Lapangan Terbang Sibu pada 9.11 pagi.
Katanya penerbangan dikendalikan juruterbang Kapt Mohd Nurul Azmie Rofdi dan pembantu juruterbang Kapt Muhammad Azizi Ayob serta lima kru.
Turut mengiringi pesakit ibu bapanya iaitu Catherine Anak John dan Stallone Anak Anthony serta beberapa petugas perubatan Hospital Sibu.
“Adalah menjadi tanggungjawab TUDM dalam memberikan komitmen dan kesungguhan tinggi untuk memenuhi keperluan kebajikan masyarakat seumpama ini. Seluruh warga TUDM mendoakan pesakit ini diberikan kesembuhan seperti sedia kala,” kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN