MTCC bantu urusan pelawat perubatan Sarawak - Abdul Karim

KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak, menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pelancongan Perubatan (MTCC) untuk memudahkan kemasukan pelawat perubatan bagi tempoh suku pertama tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan hospital, pihak berkuasa yang berkenaan dan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) bagi meningkatkan industri pelancongan perubatan di negeri ini.

“MHTC akan mengecualikan eVisa bagi memudahkan kemasukan pelawat perubatan,” katanya semasa menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2019 kementeriannya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata, sektor pelancongan perubatan semakin berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negeri ini, yang mencatatkan 33,400 ketibaan pelawat perubatan yang menghasilkan RM42.4 juta sehingga September lepas.

Majoriti pelawat perubatan dalam tempoh itu (Januari-September) adalah dari Jakarta dan Pontianak, Indonesia, katanya.

Pada 2017, Sarawak mencatatkan 44,700 pesakit luar negara yang berkunjung ke Sarawak untuk mendapatkan rawatan perubatan dan mencatatkan hasil RM60.7 juta.

Mengenai kerjasama pelancongan serantau, Abdul Karim berkata, Sarawak akan menjadi tuan rumah Festival Kesenian dan Kebudayaan Kawasan Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Filipina-ASEAN (BIMP-EAGA) kedua di sini pada 9-13 Okt, 2019.

“Pasaran rentas sempadan Brunei dan Indonesia adalah penyumbang utama kami bagi ketibaan  pelawat luar negara,” katanya dan menambah bahawa dari 28 Dis tahun ini Bandar Seri Begawan dan Kuching akan mengadakan dua kali penerbangan menerusi Royal Brunei.

Beliau berkata, bagi Kalimantan Barat (KALBAR), Indonesia, penerbangan setiap hari yang ditawarkan oleh Air Asia dan Wings Air dari Pontianak memberi impak yang memberangsangkan dalam meningkatkan ketibaan pelawat yang datang untuk pelancongan perubatan dan pendidikan.

Sejak Januari hingga September tahun ini, Sarawak mencatatkan ketibaan 3,230,201 pelawat, iaitu penurunan 13.27 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018