KINSHASA, 12 Nov (BERNAMA-NNN-AGENCIES) -- Jumlah kematian akibat wabak Ebola di timur Congo meningkat kepada lebih 200 orang.
Wabak terbaru itu disifatkan paling buruk dalam sejarah negara, menyaksikan 201 kematian dan 291 kes jangkitan sejak Ogos, kata Kementerian Kesihatan.
Separuh kes dicatatkan di Beni sebuah bandar di utara Kivu yang diduduki kira 800,000 penduduk.
Jabatan menjaga keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menggesa kumpulan bersenjata tidak menghalang usaha kerajaan bagi memerangi wabak tersebut.
"Pasukan yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja mengawal wabak penyakit berdepan ancaman secara fizikal, peralatan dimusnahkan dan kakitangan bertugas diculik," kata Menteri Kesihatan Oly Ilunga.
Wabak kali ini yang ke-10 berlaku di Congo sejak Ebola mula dikesan pada 1976.
Sejak program vaksin bermula pada 8 Ogos, lebih 25,000 orang telah diinokulat.
-- BERNAMA-NNN-AGENSI
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN