Hospital dengan nilai pelaburan RM1.6 bilion akan dibina di Melaka

MELAKA, 12 Nov (Bernama) -- Sebuah hospital swasta berteknologi tinggi dan berintegrasi akan dibangunkan di Melaka dengan nilai pelaburan berjumlah kira-kira RM1.6 bilion menerusi pelaburan syarikat swasta dari Korea Selatan, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini.

Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata  rancangan itu dipersetujui syarikat berkenaan dan sehubungan itu, mereka akan mengadakan lawatan susulan dalam masa terdekat bagi meninjau kawasan atau lokasi strategik pembinaan pusat perubatan itu.

Turut akan dibangunkan adalah tempat penginapan untuk keluarga atau pesakit yang mahu mendapatkan rawatan serta pembinaan pusat membeli belah dalam satu kompleks atau bangunan sama, katanya.

"Hasil lawatan saya baru-baru ini bagi mewakili kerajaan negeri ke Korea Selatan mendapat kesan positif apabila sebuah syarikat terkemuka di negara itu yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan menyatakan minat untuk melabur di Melaka.

"Projek ini sekiranya dilaksanakan bakal memberi manfaat kepada rakyat dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi serta kira-kira 1,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan khususnya dalam bidang perubatan, perhotelan dan perniagaan kepada rakyat negeri ini," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) berhubung hasil lawatannya ke Korea Selatan mewakili kerajaan negeri untuk menarik pelabur asing ke Melaka.

Mohd Rafiq berkata, kontraktor tempatan juga akan diberi peluang untuk membangunkan pelbagai infrastruktur di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri dijangka memperoleh pelaburan kira-kira RM400 juta menerusi pelbagai perbincangan dan usaha yang dilakukan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sejak mula mentadbir kerajaan negeri sejak 17 Mei hingga semalam.

Katanya, jumlah pelaburan berkenaan jauh lebih tinggi berbanding hanya kira-kira RM100 juta di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Beliau berkata, tiada pelabur asing yang menarik diri atau ditamatkan perjanjian kerana dasar keterbukaan dan mesra pelabur yang diamalkan kerajaan negeri di bawah PH, memberikan mereka keyakinan untuk kekal dan meningkatkan pelaburan di Melaka.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2