Kerajaan komited sediakan penjagaan kesihatan kumpulan B40

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye

PETALING JAYA, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan komited untuk menyediakan penjagaan kesihatan bagi kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang akan memberi tumpuan terhadap Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) memandangkan Malaysia akan mencapai status negara tua pada 2040.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata NCD dijangka mewakili 73 peratus kematian dalam kalangan rakyat Malaysia ketika itu.

“NCD utama adalah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kanser...apabila anda mempunyai lebih ramai penduduk yang berusia lanjut,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Cambridge-Royal Papworth-Sunway Heart and Lung Symposium di sini hari ini.

Bukti komitmen kementerian bagi kumpulan B40 itu ialah pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (Peka) bernilai RM100 juta untuk 80,000 individu dalam kumpulan isi rumah B40 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sunway Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Sementara itu, Cheah berkata simposium dua hari bermula 12-13 Nov itu adalah platform untuk menyokong pertukaran pengetahuan secara meluas kalangan pengamal perubatan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018