Abang Johari lancar papan tanda kesedaran penyakit anjing gila



KUCHING, 13 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  mahu orang ramai memberi perhatian kepada usaha memerangi penyakit anjing gila dan melaporkan apa juga perkara berhubung penyakit anjing gila kepada talian 24 jam Rabies Hotline.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh melayari laman Facebook Maklumat Bencana Sarawak (SDI) untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai penyakit anjing gila.

“Beberapa langkah diambil untuk memerangi penyakit anjing gila dan pelancaran Papan Tanda  Kesedaran Penyakit Anjing Gila akan bertindak sebagai amaran berterusan kepada orang ramai  mengenai bahayanya penyakit anjing gila.

“Papan tanda ini sebagai alat komunikasi keselamatan yang penting kerana ia membantu  memaklumkan pelbagai amaran sebagai garisan hadapan ke arah melindungi diri daripada penyakit anjing gila,” katanya semasa melancarkan Papan Tanda Kesedaran Penyakit Anjing Gila di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Antara lain, papan tanda ini mengingatkan orang ramai bahawa menjadi satu mandatori agar mendapatkan lesen dan suntikan vaksin untuk anjing peliharaan mereka dan kegagalan mematuhi undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan ini boleh didenda sehingga RM5,000.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah, yang juga pengerusi  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018