KKM beri tempoh dua bulan MMC selesai isu berkaitan pelesenan hospital



KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi tempoh dua bulan kepada Pusat Perubatan Mawar (Mawar Medical Centre) (MMC) untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan pelesenan pusat perubatan swasta itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata arahan itu dikeluarkan melalui surat bertarikh 12 Nov 2018 selepas meneliti penjelasan MMC dalam perbincangan bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pada 9 Nov.

Katanya pada 5 Nov, KKM telah mengarahkan pemberhentian operasi dan pengguguran semua perkhidmatan yang ditawarkan MMC kecuali perkhidmatan hemodialisis.

“Tindakan tersebut diambil berikutan peletakan jawatan semua pengamal perubatan pakar di pusat perubatan berkenaan yang berkuatkuasa 1 Nov lalu, kecuali seorang pakar nefrologi yang memberikan notis untuk meletakkan jawatan pada 1 Dis 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Notis-notis peletakan jawatan tersebut telah diterima KKM secara rasmi pada 5 Nov.

Dzulkefly berkata peletakan jawatan pakar-pakar tersebut menyebabkan pemegang lesen hospital gagal memastikan setiap perkhidmatan yang dilesenkan kini dikendalikan oleh pakar yang berkelayakan pada setiap masa.

Ia telah menyebabkan pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Ketiadaan pakar-pakar terbabit yang dilesenkan kepada MMC akan memudaratkan kepentingan orang awam, seperti yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata arahan kementerian melalui surat bertarikh 5 Nov 2018 masih terpakai, iaitu MMC perlu mengemukakan permohonan pindahan lesen bagi menggugurkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dilesenkan (selain perkhidmatan hemodialisis), serta menurun taraf jenis kemudahan jagaan kesihatan daripada hospital swasta kepada pusat hemodialisis.

“MMC juga tidak boleh beroperasi tanpa pakar yang berkelayakan, pada bila-bila masa,” katanya.

Dzulkefly berkata sekiranya MMC gagal mematuhi syarat itu, KKM akan mengambil tindakan undang-undang, selaras dengan Akta 586.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2