Kaki kiri bayi lelaki menggelembung, bengkak selepas pembedahan

GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sudah memberi rawatan sewajarnya kepada seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang kaki kirinya menggelembung dan membengkak selepas pembedahan di sebuah hospital di sini didakwa disebabkan  kecuaian pihak hospital.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata JKNPP juga telah mengadakan perjumpaan bersama keluarga bayi lelaki itu untuk memberi penjelasan berhubung keadaannya.

"JKNPP ingin merujuk kepada kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Abdul Ghani hari ini mengenai kecuaian pihak hospital memberi rawatan kepada cucu beliau dan pihak hospital telah mengambil maklum mengenai isu tersebut.

"Kami juga memahami situasi yang dihadapi oleh keluarga pesakit dan telah mengadakan pertemuan hari ini bagi memberi penjelasan kepada mereka," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook milik Abdul Ghani yang mendakwa datuk kepada bayi berkenaan menyatakan berlaku kecuaian semasa pihak hospital merawat cucu sulungnya ketika proses tambah darah melalui kaki kiri kira-kira pukul 2 pagi hari ini.

Pemilik Facebook itu turut memuat naik beberapa gambar kaki kiri cucunya itu yang menggelembung dan bengkak teruk sedang dirawat di hospital terbabit.

Sementara itu, menerusi komen pemilik Facebook Zamzura Ruslan yang mendakwa ibu kepada bayi berkenaan di status itu menyatakan pihak hospital memasukkan darah melalui kaki bayinya selepas pembedahan hernia berikutan tekanan darah rendah dan doktor memaklumkan tersilap memasukkan 'line' sehingga kaki kiri anaknya menjadi sedemikian.

Dr Wan Mansor berkata keadaan bayi lelaki itu kini stabil dan sedang dipantau dari semasa ke semasa.

Beliau berharap orang ramai tidak menularkan maklumat yang tidak tepat berkenaan rawatan pesakit kerana pihaknya serta semua kakitangan hospital amat komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

"Pihak waris juga boleh berhubung terus dengan pihak jabatan yang merawat pesakit atau pihak pengurusan hospital sekiranya terdapat kemusykilan," katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2