Penyakit tibi masih masalah kesihatan utama di Sabah

Sekadar gambar hiasan

KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- Penyakit tuberkulosis (tibi) masih menjadi masalah kesihatan utama di Sabah dengan 3,993 kes direkodkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Katanya tahun lalu sebanyak 5,106 kes direkodkan.

“Daripada jumlah keseluruhan kes tibi direkodkan sejak 2013 hingga 2016, kira-kira 25 hingga 30 peratus kes adalah dalam kalangan warga asing,” katanya menjawab soalan Matbali Musah (BN-Lumadan) pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Wong berkata pada tahun lalu, Kinabatangan merekodkan peratus tertinggi warga asing dijangkiti tibi iaitu sebanyak 68 peratus, diikuti Kunak (53 peratus), Lahad Datu (50 peratus) dan Semporna (47 peratus).

Katanya bagi membendung penularan tibi dalam kalangan warga asing, panel doktor Growarisan telah menjalankan saringan kepada 107, 584 pekerja asing yang masuk ke Sabah.

Selain itu, saringan juga dilakukan kepada kontak pesakit, pesakit yang berisiko tinggi seperti pesakit diabetes mellitus, penghidap HIV, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan warga emas.

Katanya tahun lalu seramai 216,085 orang telah disaring untuk penyakit tibi merangkumi warganegara dan bukan warganegara.

“Pada tahun lalu, seramai 10,332 telah disaring melalui perkhidmatan X-ray bergerak dan 43 peratus daripada mereka adalah warga asing. Individu yang disaring dan disahkan menghidap tibi akan dirujuk ke klinik yang berdekatan untuk memulakan rawatan,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018