KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak akan berkompromi dengan peraturan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan kerana mengutamakan kepentingan awam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan pendirian kementerian itu berikutan bantahan daripada pengusaha restoran dan kedai makan yang tidak berpuas hati dengan peraturan tersebut yang akan berkuatkuasa Januari depan.
Larangan itu termasuk bar dan kelab jika ia dilesenkan sebagai tempat makan berhawa dingin.
"Sementara saya sangat memahami apa yang mereka nyatakan tetapi jelasnya pendirian kami adalah pendirian yang mendahulukan dan mengangkat kepentingan awam dan orang ramai dan kita tidak bersedia untuk berkompromi atas perkara ini.
"Ini adalah kepentingan yang kita perjuangkan dan kepada perokok mereka perlu cari tempat lain untuk merokok. Tempat makan ialah untuk semua orang menikmati makanan mereka dan bukan dilemaskan dengan asap rokok atau menjadi perokok sekunder pasif," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Pada Isnin, tiga persatuan mewakili lebih 20,000 pemilik kedai makanan mengadakan persidangan berita untuk menyatakan mereka rasa tidak puas hati mereka dengan langkah Kementerian Kesihatan menguatkuasa larangan merokok di kedai-kedai makan berkuatkuasa Jan 1, 2019.
Dzulkefly berkata adalah menjadi tanggungjawab kementerian berkenaan untuk memastikan tempat awam adalah selamat untuk semua termasuk kanak-kanak.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian itu bersedia untuk mempertimbangkan penggunaan daun ketum sebagai kaedah alternatif untuk tujuan perubatan termasuk merawat ketagihan dadah bagi menggantikan metadon namun perkara itu memerlukan penelitian dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.
"Perkara ini bukan kita boleh buat secara spontan dan mendadak. Ia perlu penelitian dan dicermati dengan segala bukti serta dapatan ujian klinikal yang mesti melalui satu metodologi saintifik dan berdasarkan bukti daripada sudut kos dan hasil yang lebih munasabah atau pun yang mahu kita capai," jelas beliau.
Semalam, bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerajaan perlu mempertimbangkan penghasilan daum ketum di negara ini dan penggunaannya sebagai ubat alternatif kepada metadon bagi merawat mereka dengan ketagihan opioid seperti heroin.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN