CAP gesa kerajaan naikkan harga gula putih



GEORGE TOWN, 14 Nov (Bernama) -- Bersempena Hari Diabetes Sedunia hari ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyarankan kepada kerajaan agar menaikkan harga gula putih kepada RM5 sekilogram.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata Malaysia harus mencari pendekatan yang lebih menyeluruh bagi menyelesaikan masalah obesiti dalam kalangan penduduk memandangkan penyakit diabetes di negara ini dijangka meningkat lebih pantas berikutan gaya hidup tidak sihat dan diet tidak seimbang yang diamalkan rakyat.

Memetik laporan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), beliau berkata hampir 3.5 juta kes diabetes dilaporkan di Malaysia sejak 2017 dan kadar prevalens diabetes dalam kalangan orang dewasa di negara ini ialah 16.9 peratus.

“Berbanding had harian pengambilan gula pada enam sudu teh, kita mengambil 21 sudu teh setiap hari bermakna 630 sudu teh sebulan, menjadikan kita antara pengguna gula tertinggi di dunia,” katanya pada sidang media, di sini. 

Menyifatkan gula sebagai “racun yang lebih berbahaya berbanding rokok”, beliau berkata diabetes boleh menyebabkan kerosakan organ yang teruk kepada penghidap termasuk menjadi buta, kegagalan buah pinggang, serangan jantung dan kerosakan saraf yang didakwanya “ibu segala penyakit”.

Mohamed Idris turut mendakwa rawatan untuk pesakit diabetes adalah sangat mahal.

Hari Diabetes Sedunia yang dirai pada setiap 14 Nov diperkenalkan oleh IDF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 1991 susulan peningkatan kebimbangan masyarakat terhadap ancaman kesihatan oleh diabetes.  

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018