56,584 murid sekolah rendah di Pahang obes

KUANTAN, 15 Nov (Bernama) -- Seramai 56,584 murid sekolah rendah di Pahang mengalami masalah obesiti pada tahun lalu, kata Pengarah Pendidikan negeri Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata angka itu diperoleh daripada Indeks Jisim Badan Murid Sekolah Rendah 2017 dan masalah itu seharusnya ditangani secara bersama oleh guru dan ibu bapa. 

"Ibu bapa perlu memainkan peranan di rumah seperti memastikan corak pemakanan dan penglibatan anak dalam aktiviti kecergasan manakala guru berperanan mewajibkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum bagi memastikan murid melakukan aktiviti fizikal dan bergerak aktif," katanya. 

Tajuddin berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sektor Pengurusan Kemanusiaan Negeri Pahang 2018 di sini, hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang bermula tahun ini, juga mengambil kira aspek kokurikulum, sukan serta psikometrik dan bukan hanya mengambil kira pencapai akademik sahaja. 

"Ini secara tidak langsung menjadikan sekolah sebagai ruang untuk murid mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani," katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018