KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung berkhatan wanita (FGM) di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbincangan itu termasuk melihat kepada faedah daripada amalan berkenaan, dan menambah bahawa walaupun FGM dilihat sebagai amalan budaya di Malaysia, ia tidak sama dengan yang diamalkan di Afrika.
“Kami sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan kerana setakat ini ia sebenarnya sesuatu yang turut berhubung dengan kebudayaan yang kita lakukannya sejak sebelum ini, dan ini satu daripada perkara yang mereka katakan tetapi cara kita tidak sama dengan orang Afrika.
“Kita akan bincang dan lihat dan sekiranya ia tidak memberi sebarang manfaat barulah kita patut lakukan sesuatu (mengenainya),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Rabu bahawa Putrajaya telah mengelirukan kajian Universal Periodic Review (UPR) mengenai hak asasi manusia berhubung FGM apabila ia mempertahankan FGM ke atas bayi perempuan sebagai ‘tanggungjawab budaya’ di Malaysia.
Menjawab satu lagi isu, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, berkata kebajikan para guru dan anggota keluarga mereka perlu diambil pertimbangan.
"Mereka murung, guru penting dan kita mesti menjaga kebajikan mereka dan ini satu daripada pendekatan baharu dan outreach, meneliti apakah persekitaran para guru ini diambil kira supaya kebajikan mereka diberi perhatian.
"Jika anaknya perlukan perlindungan mereka (Jabatan Kebajikan) boleh mengambil alih perlindungan itu," katanya.
Sebelum ini media melaporkan seorang guru wanita memuat naik status dalam laman sosial Facebook kerana kecewa permohonan pertukarannya untuk tahun hadapan tidak diluluskan.
Guru ini juga mengakui mengalami kemurungan dan kesempitan hidup, turut menawarkan kepada sesiapa sahaja yang mahu mengambil dan menjaga enam anaknya yang berumur dua hingga 14 tahun.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN