BUTTERWORTH, 16 Nov (Bernama) -- Inovator industri Takaful; Prudential BSN Takaful (PruBSN) dan KPJ Penang Specialitst (KPJ Penang) menjalin kerjasama dalam satu program perintis yang menawarkan vaksinasi influenza secara percuma untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.
Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, vaksinasi influenza percuma tersebut akan diberikan kepada 530 kanak-kanak terpilih di bawah pelan perlindungan PruBSN seluruh Pulau Pinang.
"Kesemua kanak-kanak tersebut akan menerima vaksinasi influenza di KPJ Penang dari 1 Nov hingga 26 Dis ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya kerjasama tersebut merupakan julung kali diadakan bersama KPJ Penang dan diharap dapat diteruskan ke seluruh Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Penang Zabidi Abdul Razak berkata, kerjasama tersebut secara langsung dapat meningkatkan kesedaran awal betapa pentingnya pengambilan vaksin secara berkala.
"Melalui program ini kita dapat membantu pihak keluarga iaitu pelangan PruBSN bagi mengurangkan masalah atau gejala influenza dalam kalangan anggota keluarga dengan melakukan pengambilan suntikan secara berkala, " katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN