Pulau Pinang guna aplikasi 'Beat and Predict Dengue' perangi denggi

Gambar fail

GEORGE TOWN, 17 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan Pulau Pinang mengguna pakai aplikasi ‘beat and predict dengue’ sejak tahun lepas banyak membantu kerajaan negeri mengesan lebih awal kawasan berisiko wabak denggi, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Katanya aplikasi itu yang menelan kos langganan lebih RM420,000 membolehkan pihak berkuasa memantau wabak denggi di seluruh negeri, sekali gus merancang serta menyelaras usaha mengawal wabak di kawasan-kawasan paling berisiko.

"Ini adalah satu cara untuk kita mantapkan lagi penglibatan masyarakat dalam pencegahan dan kawalan denggi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Kesedaran Denggi 2018 di Tech Dome Komtar hari ini.

Mengulas lanjut, Chow berkata Pulau Pinang kini menghadapi peningkatan kes demam denggi yang membimbangkan.

Katanya sejak awal tahun hingga minggu ke-45, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan ialah  sebanyak 4,960 kes berbanding 2,273 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Lebih membimbangkan ialah peningkatan kes kematian yang kita perhatikan dalam tempoh dua minggu bermula minggu ke-43, sebanyak tiga kes kematian telah didaftarkan," katanya.

Beliau berkata  pada minggu ke-45 juga Pulau Pinang merekodkan bilangan kes mingguan tertinggi pada tahun ini iaitu sebanyak 190 kes.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Rokiah Mohd berkata punca peningkatan kes denggi pada tahun ini ialah  perubahan cuaca.

Jelasnya apabila cuaca hujan dan panas berlaku nyamuk aedes akan membiak dengan selesa kerana hujan akan menyebabkan takungan air dan semasa panas telur menetas menghasilkan larva yang kemudian bertukar menjadi nyamuk aedes.

Menurutnya  tindakan bersepadu dengan semua agensi dan penduduk telah dilakukan secara besar-besaran bagi memastikan persekitaran yang bersih dan bebas daripada pembiakan aedes, sekali gus meminimumkan risiko transmisi denggi.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018