Jalani ujian saringan HIV, AIDS percuma, identiti rahsia

LAHAD DATU, 17 Nov (Bernama) -- Individu yang menjalani ujian saringan bagi mengesan penyakit HIV atau AIDS tidak perlu risau berhubung identitinya diketahui, kata Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu, Dr Amirul Hisham Zainol.

Beliau berkata ia kerana Jabatan Kesihatan tidak akan mendedahkan identiti pesakit yang menjalani ujian saringan itu.

"Ujian yang dilakukan adalah percuma dan tanpa nama," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat daerah Lahad Datu di sini, hari ini.

Sambutan itu disempurnakan Pegawai Pembangunan Masyarakat Lahad Datu, Salsagap Pg Masdal yang mewakili Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Dumi Pg Masdal.

Dalam pada itu, Dr Amirul turut menasihatkan golongan yang mengamalkan cara hidup yang berisiko untuk dijangkiti HIV atau AIDS agar menjalani ujian saringan tersebut di klinik serta hospital kerajaan berdekatan.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018