431 kes demam denggi di Terengganu antara Jan hingga 14 Nov lepas

KUALA TERENGGANU, 17 Nov (Bernama) -- Sebanyak 431 kes demam denggi dilaporkan di Terengganu sejak 1 Jan hingga 14 Nov lepas, peningkatan 57.9 peratus atau 158 kes berbanding 273 kes dalam tempoh sama pada tahun 2017.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Mohd Jusoh berkata tiga kematian akibat denggi dilaporkan tahun ini, iaitu dua di daerah Besut dan satu di Dungun.

"Kuala Terengganu daerah dengan bilangan kes denggi tertinggi iaitu 178, diikuti Besut (118 kes), Dungun (35 kes), Marang (30 kes), Kemaman (28 kes), Kuala Nerus (19 kes), Hulu Terengganu (13 kes) dan Setiu (10 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya berdasarkan rekod jabatan, 29 episod wabak denggi berlaku di Terengganu setakat 14 Nov lepas iaitu 17 episod di daerah Kuala Terengganu, Besut (enam), masing-masing dua di  Marang dan Dungun, serta satu di Setiu dan satu di Kuala Nerus. 

Dr Mohd berkata daripada jumlah itu, 25 episod wabak telahpun tamat dan semuanya adalah wabak terkawal namun empat episod wabak masih aktif di Kuala Terengganu setakat ini.

Menurutnya sehingga 31 Okt lalu, 167,495 premis diperiksa dan jabatan mengenal pasti 2,316 premis (1.4 peratus) adalah positif pembiakan Aedes. 

Dr Mohd berkata 1,281 premis dikenakan kompaun manakala 772 notis amaran pembersihan dikeluarkan bagi premis yang didapati memiliki banyak bekas pembiakan Aedes.

-- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2