Kes denggi di Putrajaya turun 38 peratus berbanding 2017



PUTRAJAYA, 18 Nov (Bernama) -- Kes denggi di Putrajaya sehingga Oktober lepas mencatatkan penurunan sebanyak 38 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad. 

Beliau berkata, sehingga Oktober 2018, sebanyak 327 kes denggi dicatatkan di Putrajaya berbanding 526 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. 

"Dalam menjaga kebersihan bagi membendung masalah denggi, budaya gotong-royong perlu dihidupkan semula terutamanya di kediaman berstrata seperti pangsapuri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-royong Mega Putrajaya 2018 di pangsapuri Fasa 4, Presint 9 di sini hari ini. 

Tambah Khalid, aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan perumahan boleh dilaksanakan  sekurang-kurangnya sebulan sekali bergantung kepada waktu yang ditetapkan oleh pihak yang terlibat. 

Merujuk kepada kes denggi di lokasi gotong-royong hari ini iaitu pangsapuri Fasa 4, Presint 9 di sini beliau berkata, sebanyak 14 kes denggi dicatatkan dengan satu lokaliti hot spot. 

"Punca yang dikenal pasti adalah sampah dan kelemahan penjagaan kebersihan persekitaran serta di dalam rumah sehingga menjadi punca pembiakan jentik-jentik," katanya lagi. 

Ditanya mengenai isu bas Nadi Putra yang beroperasi di Putrajaya, Khalid berkata, pihak pengurusan Nadi Putra telah bertemu dengan Perbadanan Putrajaya dan beliau sendiri, berhubung cabaran yang mereka hadapi untuk mengekalkan harga tambang pada kadar 50 sen. 

Katanya, pihak Nadi Putra akan menerima subsidi namun jumlahnya bukanlah sama dengan jumlah yang dipohon.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018