AICHR adakan mesyuarat penyelarasan pertama kajian tematik air bersih ASEAN

PUTRAJAYA, 18 Nov  (Bernama) -- Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) hari ini mengadakan mesyuarat penyelarasan pertama berhubung kajian tematik mengenai hak terhadap air yang selamat dan kemudahan sanitasi di rantau itu.

Kementerian Luar berkata mesyuarat itu yang diadakan dengan sokongan kementerian serta Jabatan Pengairan dan Saliran merupakan susulan kepada Perundingan Serantau AICHR Mengenai Hak Terhadap Air Minuman Yang Selamat dan Sanitasi di ASEAN yang diadakan dari 25 hingga 27 Okt tahun lepas di Kota Kinabalu, Sabah. 

“Kajian tematik ini merupakan usaha berterusan Malaysia dalam memperkukuh proses integrasi dan pembangunan komuniti ASEAN dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi  manusia untuk mendapatkan air bersih yang selamat dan kemudahan sanitasi di rantau ini,” kata kementerian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat tersebut di sini. 

Menurut kenyataan itu, kajian tematik tersebut akan merangkumi rangka kerja perundangan berkaitan air dan sanitasi di negara ASEAN bertujuan menyediakan laporan komprehensif dengan analisis kekuatan serta bidang yang memerlukan penambahbaikan berhubung urus tadbir air di rantau tersebut.

Menurut Wisma Putra, kajian juga akan menyediakan maklumat asas bagi menyokong negara anggota ASEAN mencapai enam Matlamat Pembangunan Lestari serta matlamat-matlamat lain yang saling berkait dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030.

Kajian akan dijalankan oleh penyelidik dari 10 negara anggota ASEAN dan lima pakar hak asasi manusia yang terlibat dalam perundingan serantau AICHR sebelum ini.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018