Pulau Pinang dapat pengiktirafan antarabangsa sebagai negeri bebas asap rokok



GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Usaha Kerajaan Ngeri Pulau Pinang menjadikan negeri itu bebas asap rokok menerusi Kempen Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) mendapat pengiktirafan pertubuhan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata Pulau Pinang mendapat pengiktirafan menerusi anugerah oleh Pertubuhan Kawalan Tembakau Asia Tenggara (SEATCA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

"Saya menerima anugerah tersebut semasa menghadiri Mesyuarat Serantau Asap Bebas Asap ke-6 Wilayah Asia Pasifik di Hoi An, Vietnam hari ini dan turut mendapat pengiktirafan tersebut ialah Melaka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya bermula pada tahun 2012, PENBAR dimulakan untuk memenuhi Perkara 8 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) WHO.

Beliau berkata program itu merupakan perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Kementerian Kesihatan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySIHAT),Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pelbagai pertubuhan kerajaan (Ngo) antaranya Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA) serta Green Lung

"Ia dimulakan untuk melindungi komuniti Pulau Pinang dari asap rokok (second- hand smoke) dengan melaksanakan dasar bebas asap rokok yang berkesan," katanya.

Dr. Afif berkata untuk permulaan enam taman rekreasi telah diwartakan sebagai taman bebas asap rokok sejak 1 Okt 2012 di ikuti dengan larangan merokok di semua bangunan dan kawasan awam di Tapak Warisan Dunia George Town pada 4 Julai lepas.

Katanya anugerah itu akan terus memacu Pulau Pinang untuk menjadikan negeri tersebut sebagai negeri bebas asap rokok pertama di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kejayaan ini juga telah mengharumkan nama negara dan merupakan satu usaha jelas negara dalam mempromosikan semula jadi yang sihat dan mengekalkan keunikan budaya melalu kempen bebas asap rokok di Tapak Warisan Dunia," katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018