UCrest terus promosikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian



KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- UCrest Bhd akan terus mendekati komuniti perubatan global dan Kementerian Kesihatan untuk mempromosikan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian.

Pengasas dan Pengerusi, Eg Kah Yee berkata syarikat itu telah bekerjasama dengan lebih daripada 20 buah hospital di Rusia, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Taiwan.

"Sebelum ini, kami hanya tertumpu kepada hospital dan doktor tetapi sekarang, kami telah memperluaskan sasaran kami merangkumi penyedia insurans peribadi serta syarikat-syarikat farmaseutikal," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan UCrest di sini hari ini.

Kumpulan itu telah mencapai rekod keuntungan bersih yang tinggi sebanyak RM14.85 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2018 berbanding dengan kerugian bersih sebanyak RM800,000 pada tahun sebelumnya.

Eg ketika mengulas mengenai sektor penjagaan kesihatan tempatan, berkata syarikatnya sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan perkhidmatan perubatan dalam talian. 

"Perbincangan ini telah berlarutan selama hampir enam bulan... sebagai contoh, di Amerika Syarikat (AS), bilangan katil hospital telah merosot selepas sistem penjagaan kesihatan dalam talian diperkenalkan.

"Kami berharap Malaysia akan mengalami perkara yang sama di mana pesakit boleh dirawat di rumah," katanya.

Dalam pengumuman Belanjawan 2019, peruntukan untuk sektor kesihatan telah naik kepada RM29 bilion daripada peruntukan tahun lepas berjumlah RM27 bilion.

Kerajaan, melalui sebuah syarikat insurans swasta, tidak lama lagi akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional bagi kumpulan B40. 

Skim ini, yang dijangka akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2019 akan menyediakan perlindungan pecuma melibatkan empat penyakit kritikal sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari gantian pendapatan. 

Saiz keseluruhan pasaran penjagaan kesihatan global adalah sebanyak US$20.58 bilion pada 2016 dan diramalkan mampu mencecah US$81.51 bilion menjelang 2024. 

AS kekal sebagai pasaran terbesar sebanyak 33 peratus untuk ubat-ubatan dalam talian manakala Asia Pasifik berada di tempat kedua dengan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun sebanyak 25 peratus dalam tempoh 2016-2024.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018