Pencapaian Hospital Langkawi tarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan

LANGKAWI, 23 Nov (Bernama) -- Inisiatif penggunaan tenaga yang efisien dan peningkatan jumlah dokor pakar di Hospital Langkawi sejak lebih tiga tahun lepas menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang melawat hospital itu hari ini. 

Dalam catatan terkininya di laman Facebook, beliau berkata Hospital Langkawi perlahan-lahan berubah menjadi hospital yang berkonsepkan hijau dan cekap tenaga dengan pemasangan panel suria pada bumbung parkir kenderaan dan penggunaan lampu diod pancaran cahaya (LED). 

“Mereka berjaya menjimatkan bil elektrik RM25,000 sebulan (dengan penggunaan panel suria dan lampu LED).  Tiga tahun dahulu hanya ada tujuh orang doktor pakar, tetapi sekarang mereka ada 17 doktor pakar dalam kepakaran utama seperti, perubatan, pediatrik, ortopedik, pembedahan umum, O&G (obstetrik dan ginekologi), anestesia, radiologi dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata Hospital Langkawi mempunyai potensi untuk menjadi sebuah Hospital Pakar Utama tetapi blok perubatan tambahan diperlukan bagi memenuhi keperluan penduduk di sini.    “Saya berharap hospital ini akan berubah kepada sebuah hospital pengajar dan latihan,” katanya sambil menambah pelancaran perkhidmatan ambulans udara Hospital Langkawi awal tahun ini juga merupakan satu mercu tanda dalam meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di pulau ini.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018