GEORGE TOWN, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memperluaskan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kepada 36 jenis penyakit kritikal utama.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata skim yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari tahun depan akan memberikan perlindungan kepada golongan B40 yang sakit dan dimasukkan ke wad Hospital Kerajaan.
Menurutnya, dalam pengumuman Belanjawan 2019, skim ini hanya melibatkan empat jenis penyakit kritikal utama tetapi kini akan diperluaskan kepada 36 jenis penyakit kritikal utama.
"Sekiranya mereka (B40) dimasukkan ke wad hospital kerajaan tetapi tidak mampu membuat bayaran, mereka boleh memohon untuk mendapatkan bayaran untuk tempoh maksimum selama 14 hari pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata skim ini akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dimana pemohonan akan di buat secara dalam talian.
"Setakat ini, BNM sedang menguruskan laman web untuk pemohon sebelum pelaksanaan 1 Januari tahun depan," katanya.
Sementara itu, Lim berkata kerajaan juga akan menaikkan harga siling getah ke RM2.50 sekilogram daripada RM2.20 sekarang sebagai bantuan kepada para penoreh menghadapi harga komoditi pasaran antarabangsa yang semakin menurun.
"Berikutan kejatuhan harga getah, pendapatan para penoreh getah telah terjejas dan penetapan harga lantai ini akan mampu sedikit sebanyak membantu mereka," katanya.
Tambahnya, harga subsidi padi juga akan di naikkan kepada RM360 setan daripada RM300 setan sekarang.
Dalam perkembangan lain, Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan memberi amaran kepada pemimpin MCA agar tidak bermain isu politik dalam hal pendidikan.
Katanya, tindakan MCA yang bercadang untuk menaikkan kadar yuran di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) berikutan kekurangan dana daripada kerajaan bukan langkah yang bijak.
"Saya ingin memberi amaran kepada mereka (MCA) jangan bermain-main dengan api. Jangan kait isu politik dan usaha pendidikan negara.
"Keputusan mereka dengan menghukum para pelajar dengan menaikkan kadar yuran akan mendatang masalah yang lebih buruk sekiranya kerajaan mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.
Pada 12 November lepas, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah dilaporkan berkata, MCA mungkin akan menaikkan kadar yuran di TAR UC berikutan kekurangan dana suntikkan daripada kerajaan dalam pengumum Belanjawan 2019.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN