KKM arah syarikat bekal produk mengandungi losartan hentikan jualan

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) --  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan satu syarikat yang dikesan membekal dan menjual produk mengandungi bahan aktif losartan menghentikan pembekalan dan penjualan produk tersebut di negara ini.

 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan itu adalah sehingga syarikat dapat mengesahkan produk yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi tersebut tidak mengandungi  impurity N-nitrosodiethylamine (NDEA). 

“Hanya satu produk sahaja yang berada di pasaran iaitu tablet bersalut filem Lostad HCT 50/12.5 mg.

“Pesakit yang menggunakan produk ini diminta tidak menghentikan pengambilannya secara mendadak dan mendapatkan nasihat profesional perubatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan notis tarik balik oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) ke atas produk mengandungi bahan aktif valsartan dan losartan kerana kehadiran NDEA yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka panjang.

Dr Noor Hisham turut menasihati orang ramai agar menggunakan produk yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan semakan status pendaftaran produk boleh dibuat menerusi laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di  www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun melalui Google Play.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018