Baru mahu kontraktor siapkan Hospital Sri Aman ikut jadual



SRI AMAN, 24 Nov (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Baru Bian mahu kontraktor yang terlibat dalam pembinaan hospital baharu Sri Aman memastikan projek itu disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan pada Ogos tahun depan.

Beliau berkata projek bernilai RM176 juta yang kini hanya 44 peratus siap berbanding 60 peratus yang dijadualkan, dikategorikan sebagai 'projek sakit'. 

"Punca kelewatan adalah  disebabkan oleh kekurangan pekerja mahir dan pasukan kontraktor yang lemah dalam pengurusan projek itu.

"Jabatan Kerja Raya akan memantau secara rapi perkembangan projek ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat mengenai pembangunan tapak projek hospital baharu Sri Aman, di sini hari ini.

Projek hospital berkapasiti 108 katil itu diluluskan bawah Rancangan Malaysia ke-10 dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan penduduk di sekitar Sri Aman yang dianggar berjumlah 93,379 orang.

"Saya dimaklumkan hospital sedia ada tidak berkeupayaan untuk menampung keperluan pengguna pada masa kini," kata Baru. 

Hospital baharu itu adalah untuk menggantikan fasiliti sedia ada yang dibina pada 1954 dan juga bakal memberi manfaat kepada pengguna dari daerah seperti Lubok Antu, Betong dan Simunjan.

-- BERNAMA  






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1