Aminuddin Harun
SEREMBAN, 25 Nov (Bernama) -- Masyarakat harus dididik dengan pemakanan yang sihat bagi melahirkan generasi yang sentiasa sihat dan cergas sekali gus mengelakkan risiko penyakit kronik, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
"Kita dapati lazimnya apabila seseorang itu disahkan menghidap sesuatu penyakit barulah kawalan dan cara pengambilan makanan dititikberatkan. Pada ketika itu sudah terlambat untuk kembali kepada tahap kesihatan yang normal tanpa penyakit kerana pengambilan makanan yang tidak terkawal itu berlaku sejak seusia kecil lagi.
“Maka di sini peranan ibu bapa perlulah menitikberatkan pemakanan yang sihat kepada anak-anak sejak usia kecil lagi. Saya merasakan kita perlu memikirkan soal didikan pemakanan yang sihat yang perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Sukarelawan Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Turut hadir, Pendaftar USIM Muhammad Haizuan Rozali dan Dekan Fakulti Pergigian USIM Prof Madya Dr Haslinda Ramli.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata program kesedaran mengenai kesihatan harus dikembangkan lagi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Pada program berkenaan yang diadakan di Balai Raya Taman Desa Rhu, Sikamat, turut diadakan ialah pameran kesihatan serta pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada orang ramai.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN