Gambar fail
BINTULU, 25 Nov (Bernama) – Menyedari berlaku peningkatan jumlah pesakit kanser di negara ini, tiga orang sahabat mengambil inisiatif 'Walk For Cancer Malaysia' sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat keperluan membuat saringan awal pemeriksaan kanser.
Pencetus idea kepada misi tersebut, Mahendran Suriyanarayanan, 43, berkata 'Walk For Cancer Malaysia' di mana ketiga-tiga mereka berjalan kaki daripada Serian, Sarawak hingga ke Kudat, Sabah sejauh 1,293 kilometer bagi menyampaikan mesej itu.
"Kenapa berjalan kaki? Pada zaman dahulu tidak ramai memiliki basikal, motosikal jadi perlu berjalan, pesakit kanser pun dahulu tidak ramai tetapi tahun ini saya difahamkan jumlah pesakit kanser di Malaysia telah meningkat. Berjalan kaki bagus, apabila berjalan kaki kita berpeluh, kita sihat dan cara berfikir akan berubah.
"Menerusi 'Walk For Cancer Malaysia ini di tempat persinggahan saya akan berjumpa masyarakat bercakap mengenai kanser … jadi misi ini bertujuan memberi nasihat supaya kekal bersenam, jaga pemakanan, lebihkan makanan buah-buahan serta buat saringan awal bagi pemeriksaan kanser," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Selain Mahendran, dua lagi rakannya ialah Muhammad Azlan Abdullah, 37, dan Norzairi Zainal, 32, yang sehingga kini telah berjalan sejauh 556 kilometer (Serian-Bintulu) sejak 12 hari lepas dalam misi yang dijangka mengambil masa lebih sebulan itu.
Mengulas lanjut, Mahendran berkata sepanjang misi tersebut mereka juga mengambil kesempatan melawat hospital berjumpa pesakit kanser yang ada.
"Kami ada melawat hospital di Kuching, Serian, Sarikei, Sibu dan Bintulu. Kami ada berjumpa beberapa pesakit, berbual serta memberi semangat kepada mereka.
“Sewaktu di Sarikei, kami kebetulan bertemu dengan seorang wanita pesakit kanser, kisah wanita itu sangat memberi inspirasi kepada kami, dia (wanita) disahkan ada kanser dan mampu hidup dalam tempoh empat bulan, namun semangat wanita itu kuat dia teruskan aktiviti harian seperti biasa, dan kini selepas lapan tahun, wanita itu masih hidup," kata Mahendran.
Berjalan dalam tempoh yang panjang, berkhemah untuk tidur di kawasan belukar begitu mencabar buat tiga sahabat ini, Mahendran berkata mereka berhadapan dengan pelbagai pengalaman menarik sepanjang tempoh itu.
"Antara pengalaman tidak dapat dilupakan ialah ketika berkhemah di Tanjung Batu, Bintulu khemah kami dipukul ribut, mi segera untuk hidangan makan malam juga tumpah. Selain itu dalam perjalanan masyarakat Sarawak beri sokongan seperti menghulurkan air, memberi kata-kata semangat serta mendoakan kejayaan misi kami,” katanya.
Sementara itu Norzairi mengakui keadaan fizikalnya kini tidak begitu baik, namun tetap bersemangat meneruskan perjalanan hingga tamat.
"Kira-kira empat hari lepas ketika di Sarikei semasa jalan di bahagian berumput di tepi jalan saya termasuk ke dalam lubang ditambah dengan bebanan beg yang dibawa memberi impak kepada lutut dan pergelangan kaki… tetapi apa yang pasti perjalanan hingga ke Kudat akan diteruskan," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN