KKM laksana projek perintis kesan penyakit kanser dalam beberapa jam



PUTRAJAYA, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan projek perintis yang boleh mengesan penyakit kanser dalam tempoh beberapa jam berbanding kaedah sebelum ini yang mengambil beberapa hari, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Beliau berkata projek perkenaan diadakan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menyediakan perkhidmatan terbaharu ujian patologi iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan molekul terhadap kanser.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata projek percubaan itu yang dimulakan di Australia, akan memberi peluang kepada doktor melakukan rawatan secara lebih fokus. 

"Walaupun ia akan meningkatkan kos keseluruhan rawatan kanser juga, tetapi melalui teknologi dan tawaran perubatan ini, peluang pesakit untuk sembuh akan menjadi cerah dan keputusan tepat.

Ini secara tidak langsung telah meningkatkan kualiti dan peluang kesembuhan daripada penyakit kanser," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Patologi Sedunia 2018 di Institut Kanser Negara (IKN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Azman berkata kerajaan akan melatih lebih banyak pakar dalam bidang pathologi sebagai usaha untuk terus memperkukuhkan perkhidmatan itu dalam penjagaan kesihatan pesakit secara lebih global dan holistik. 

Katanya, buat masa ini negara mempunyai 350 pakar patologi di seluruh negara.

Patologi merupakan satu cabang sains yang melibatkan kajian dan diagnosis organ, tisu dan sebarang penyakit.

"Sebanyak 70 penyakit dikesan daripada menerusi ujian patologi sekali gus ia menunjukkan perkhidmatan ini penting untuk melakukan rawatan dan pencegahan dengan segera.

Ramai tidak menyedari ahli patologi merupakan seorang hero sebenar dalam rawatan penyakit, kerana mereka inilah yang mula-mula mengesan seseorang itu menghidap sesuatu penyakit sebelum menjalani rawatan pakar," katanya.

 -- BERNAMA  






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2