Dr Wan Azizah lawat hospital wanita dan penyelidikan Qatar



Daripada Sharifah Nurliza Syed Mohammad

DOHA, 27 Nov (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melakukan  kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Qatar Dr Khalid Mohammed Al Attiyah di sini.

Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengadakan  pertemuan dengan Menteri Kesihatan Qatar Dr Hanan Al Kuwari di Hospital Wanita dan Penyelidikan.  

Dr Wan Azizah, yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Qatar turut melakukan tinjauan di hospital kerajaan itu yang dikhususkan untuk pesakit wanita.

Timbalan perdana menteri juga menghadiri mesyuarat meja bulat anjuran Kementerian  Perdagangan  Antarabangsa dan Industri dan agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Persatuan Perdagangan Qatar.   

Mesyuarat itu bertujuan meninjau bidang-bidang yang berpotensi untuk kerjasama perdagangan antara Malaysia dan Qatar selain memudahkan pelaburan langsung asing serta menggalakkan perdagangan bilateral antara kedua-dua negara.  

Turut menyertai mesyuarat Pengerusi Persatuan Perniagaan Qatar Sheikh Faisal Qassim Al Thani dan Naib Pengerusi Dewan Perdagangan Qatar Muhammed Bin Ahmed Bin Towar Al-Kuwari, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Ignatius Darell Leiking, dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.  

Mesyuarat itu disertai oleh 60 ahli perniagaan Qatar dan 18 syarikat Malaysia yang beroperasi di Malaysia and Qatar.

-- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018