20 peratus penghidap diabetes capai tahap kawalan di Kelantan

MACHANG, 1 Dis (Bernama) -- Hanya 20 peratus daripada 185,825 penghidap diabetes di Kelantan mencapai tahap kawalan yang baik menerusi rawatan yang teratur dan pemeriksaan berkala.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata kajian yang dijalankan oleh Audit Klinikal Diabetes pada tahun 2015 itu adalah sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian.

“Kerjasama antara pesakit, keluarga pesakit dan masyarakat perlu diperkukuhkan bagi memastikan penyakit itu berada di tahap terkawal secara optimum,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Teknologi Mara di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat, Dr Faizan Ghazali.

 Dr Zaini berkata, kadar kegemukan dalam kalangan rakyat Kelantan juga turut menyumbang penyakit itu semakin meningkat iaitu 12.5 peratus pada tahun 2006 kepada 16.2 peratus pada tahun 2015.

Beliau berkata selain itu, gaya hidup yang tidak sihat, amalan makanan seharian yang kebanyakannya tiada langsung dengan ciri-ciri makanan yang seimbang serta kurang meluang masa bersukan menjadi punca ramai rakyat Kelantan menghidap penyakit kronik itu.

Beliau berkata penyakit diabetes boleh dikawal dengan pengambilan ubat yang teratur, lebih banyak melakukan aktiviti seperti berjalan kaki, berlari, bermain bola sepak dan sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2