Populasi berisiko digesa jalani ujian saringan HIV

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Rakyat Malaysia terutama daripada kalangan populasi berisiko digesa menjalani ujian saringan bagi mengetahui status HIV dan seterusnya mendapatkan rawatan antiretroviral (ARV) tanpa berlengah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menarik perhatian bahawa kerajaan menyediakan rawatan ARV percuma di semua fasiliti kesihatan kerajaan.

"Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memelihara kesihatan orang yang yang hidup dengan HIV serta membendung jangkitan HIV," katanya dalam kenyataan sempena Hari AIDS Sedunia 2018 yang disambut setiap tahun pada 1 Dis.

Menurutnya, epidemik HIV di negara kini berhadapan dengan transmisi seksual sebagai punca utama jangkitan.

Menteri itu berkata walaupun secara amnya bilangan kes baharu HIV telah menurun tetapi kadar jangkitan melalui transmisi seksual didapati meningkat daripada 33 peratus kepada 91 peratus antara 2007 dan 2017.

"Jika perkara ini tidak dibendung segera, dikhuatiri bilangan kes baharu HIV akan meningkat semula dan menggagalkan matlamat negara untuk mengakhiri AIDS pada 2030," kata Dr Dzulkefly.

Beliau berkata Malaysia pernah mencatat angka tertinggi bilangan kes HIV baharu dikesan pada 2002 iaitu 6,978 kes, dan kini pada penghujung 2017 ia menyaksikan penurunan lebih 60 peratus.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2