Sekeluarga beri khidmat khatan buat masyarakat di bahagian Kapit

BELAGA, 2 Dis (Bernama) -- Selain lebih separuh kanak-kanak dan remaja yang terlibat dalam program berkhatan beramai-ramai di Sungai Asap ialah peserta bukan Islam, keunikan aktiviti tahunan ini turut diserikan dengan kehadiran sebuah keluarga seramai 10 orang memberi khidmat amal khatan kepada masyarakat setempat.

Mereka terdiri daripada sepasang suami isteri bersama tiga anak, ayah dan ibu mereka serta seorang adik lelaki bersama isterinya dan anak mereka.

Pakar Perunding Bedah Saraf Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Dr Nujaimin Udin, 43, bersama ahli keluarganya datang jauh menabur khidmat bakti menjalankan amal khatan kepada masyarakat di Bumi Kenyalang, penglibatan kali kedua buat mereka selepas menyertai program sama tahun lepas di sekitar kawasan Kuching.

Berkongsi pengalaman kepada Bernama, Dr Nujaimin berkata mereka sekeluarga tahun ini terlibat secara langsung yang diadakan di empat tempat berbeza bermula di Song, Kapit, Belaga dan Sungai Asap, dari 24 hingga 30 Nov.

"Kami satu keluarga seramai 10 orang terdiri daripada saya sendiri, isteri (Dr Sharifah Razlina Tuan Muda) bersama tiga orang anak; ayah dan ibu saya serta seorang adik lelaki bersama isteri dan anak mereka hari ini menjalankan khidmat amal khatan di empat lokasi yang berada di sepanjang Batang Rajang di Bahagian Kapit.

"Sebagai doktor saya dan isteri mengkhatankan peserta yang terlibat, adik lelaki serta isterinya yang juga jurutera mengendalikan alatan perubatan, tiga orang anak membantu kerja-kerja am manakala ayah dan ibu bertindak membantu menenangkan peserta yang datang berkhatan," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Sungai Asap baharu-baharu ini.

Seramai 70 kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 20 tahun dari kawasan Penempatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap di sini terlibat dalam program berkhatan beramai-ramai bersempena Karnival Kesihatan dan Sunathon 2018 anjuran Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit.

Secara keseluruhan program yang dibuka kepada peserta Islam dan bukan Islam itu turut melibatkan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Urusetia Saudara Kita (USK) serta beberapa NGO lain memberi khidmat khatan kepada 227 kanak-kanak dan remaja di empat lokasi itu.

Dr Nujaimin berkata mereka sekeluarga meraih pengalaman amat bermakna sepanjang tempoh terlibat dalam program khatan itu termasuk perlu bergerak menggunakan bot ekspres menyusuri Batang Rajang.

"Kami sekeluarga terlibat bermula di Song, Kapit, Belaga dan hari ini di Sungai Asap. Alhamdulillah perjalanan jauh tetapi suasana di sepanjang Batang Rajang menarik tidak membosankan malah mengembirkan kami semua, Insyallah pada tahun hadapan, kami akan terlibat," katanya.

Menurut Dr Nujaimin mereka sekeluarga aktif dan sering melibatkan diri dalam program amal khatan beberapa kawasan di pedalaman negara serta di luar negara seperti di Kemboja, Vietnam, Selatan Thailand dan Aceh, Indonesia.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2