Tiada obligasi serap pegawai farmasi tamat latihan siswazah, khidmat wajib - Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan pada dasarnya tidak mempunyai obligasi menyerap semua pegawai farmasi yang tamat latihan siswazah atau khidmat wajib untuk terus berkhidmat dengan kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun beliau berkata bagi menampung keperluan semasa pegawai farmasi di fasiliti dan hospital kerajaan, hanya sebahagian yang akan dilantik tetap setelah pegawai berkenaan menamatkan latihan siswazah, tertakluk kepada kekosongan jawatan.

"Kementerian memutuskan untuk melantik tetap hanya bakat terbaik dan berdasarkan kepada kekosongan jawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Dzulkefly mengulas isu yang dibangkitkan di media sosial mengenai pelaksanaan pelantikan tetap bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 yang sedang menjalani latihan siswazah atau khidmat wajib.

Beliau menegaskan bahawa bagi pegawai kontrak yang tidak dilantik tetap, pegawai berkenaan  akan menghabiskan baki tempoh satu tahun kontrak untuk menyempurnakan latihan siswazah atau khidmat wajib sebelum dilepaskan untuk bekerja dengan swasta.

"Pegawai farmasi yang dilepaskan berpeluang berkhidmat di sektor swasta sebagai ahli farmasi yang memegang Lesen Racun Jenis A dalam bidang seperti Farmasi Komuniti, Hospital dan Pusat Penjagaan Kesihatan Swasta, industri pengilangan, pengimportan dan pengeksportan.

“Selain itu, pegawai berkenaan juga boleh berkhidmat dalam bidang pendidikan dan penyelidikan sama ada di sektor swasta atau badan berkanun,” kata menteri itu.

Memberikan latar belakang, Dr Dzulkefly berkata pada 2016 kerajaan memutuskan untuk melantik pegawai farmasi gred UF41 secara 'contract of service' bagi membolehkan calon menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib bagi tujuan mendapatkan pendaftaran penuh daripada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) yang menjadi syarat untuk mengamal di sektor kerajaan dan swasta.

Pelantikan secara kontrak ini dibuat berikutan perjawatan tetap sedia ada di Kementerian Kesihatan tidak dapat menampung jumlah graduan yang menyebabkan tempoh menunggu lama untuk menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.

Seorang graduan farmasi perlu terlebih dahulu menjalani  latihan siswazah selama setahun sebelum mendapat pendaftaran penuh daripada LFM. Selepas itu, LFM akan mengemukakan notis khidmat wajib kepada pegawai untuk berkhidmat selama setahun.

-- BERNAMA 

 






DOCTORS SAY


EXCLUSIVE

Teenage Pregnancy: Who Is To Blame?

(First of a two-part interview)
 

By Salbiah Said

PETALING JAYA, Dec 14 (Bernama) -- Research has shown that an average of 18,000 teenage girls in Malaysia get pregnant each year, 25 per cent or about 4,500 cases involved out-of-wedlock pregnancy.

read more ››

VIDEO HIGHLIGHTS

UMSC Consultant Speaks: Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 3


UMSC Consultant Speaks: Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 2

UMSC Consultant Speaks: Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 1