CRM meterai MoU dengan IQVIA untuk kajian terapi kanser

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Syarikat tidak berasaskan keuntungan milik Kementerian Kesihatan, Clinical Research Malaysia (CRM) memeterai memorandum persefahaman bagi menjalinkan kerjasama strategik dengan Early Phase Oncology Network (EPON) di bawah IQVIA. 

Ketua Pegawai Eksekutif CRM Dr Akhmal Yusof berkata memorandum yang ditandatangani pada 28 Nov lalu merupakan langkah penting Malaysia untuk menyediakan kajian fasa pertama yang maju bagi terapi kanser percubaan.

Memorandum ini juga menyaksikan pusat penyelidikan klinikal di Hospital Umum Sarawak (HUS)  sebagai yang pertama di Asia Tenggara menyertai rangkaian tapak onkologi fasa pertama yang diiktiraf dunia milik IQVIA.

“Kemajuan dalam genom menawarkan harapan baharu kepada produk onkologi yang disasarkan. Menerusi memorandum ini, HUS akan menyertai EPON IQVIA yang direka bentuk bagi menyediakan kajian onkologi fasa pertama yang berkualiti tinggi kepada syarikat biofarmaseutikal,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Diwujudkan pada 2012, CRM bertujuan meningkatkan penyelesaian kesihatan global dengan menyediakan sokongan penyelidikan klinikal hujung ke hujung yang boleh dipercayai dengan pantas untuk kajian berkualiti.

IQVIA merupakan penyedia penyelesaian beranalisis dan teknologi maju kepada industri sains hayat dan telah terlibat dalam penyelidikan awal onkologi di Asia Pasifik sejak lebih dua dekad.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018