Perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi KPJ Sabah rancakkan pelancongan kesihatan negeri - Mohd Shafie

Datuk Seri Hashim Paijan mendengar taklimat mengenai peralatan Pusat Radiologi dan Onkologi yang pertama di Sabah di KPJ Sabah Specialist Hospital selepas merasmikan pusat rawatan itu. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KOTA KINABALU, 8 Dis (Bernama) -- Perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi di pusat perubatan swasta di Sabah berupaya merancakkan pelancongan kesihatan negeri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan yang ditawarkan Hospital Pakar KPJ Sabah, seperti Pusat Radioterapi dan Onkologi, ​​​​bukan sahaja memanfaatkan rakyat di negeri ini, khususnya pesakit kanser, malah berupaya menarik pesakit dari luar negara.

“Saya amat yakin penubuhan pusat ini akan membantu untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti demi menangani penyakit kanser yang jumlah kesnya kian meningkat di Sabah.

“Ia (Pusat Radioterapi dan Onkologi) juga membuka jalan yang luas untuk menarik pesakit dari luar negara, terutamanya Brunei, Indonesia, Filipina dan China,” katanya pada perasmian pusat itu di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Hashim Paijan.

Menurut Mohd Shafie, penubuhan pusat itu, yang pertama oleh sebuah pusat perubatan swasta di Sabah, akan memberangsangkan lagi landskap perkhidmatan kesihatan untuk lebih dinamik, bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di rantau ini. 

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata pusat radioterapi dan onkologi itu, yang ditubuhkan dengan kos RM13 juta dan beroperasi sejak Mei tahun lepas, memberi kemudahan kepada pesakit dari Sabah, khususnya pesakit kanser, untuk mendapatkan perkhidmatan dalam negeri.

Beliau berkata pusat perubatan swasta itu juga bekerjasama dengan kerajaan menerusi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di sini, yang mengendalikan Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi, untuk menawarkan perkhidmatan radioterapi secara percuma kepada masyarakat untuk mengesan kanser.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2