33 premis jual arak diperiksa Jabatan Kesihatan Perak



IPOH, 10 Dis (Bernama) – Dua notis kesalahan membabitkan nilai kompaun RM6,000 telah dikeluarkan menerusi pemeriksaan Jabatan Kesihatan Perak terhadap 33 premis penjualan arak dan dua kilang pengeluaran arak di sini, sepanjang tempoh 16 Okt hingga hari ini.

Exco Kesihatan Negeri, A.Sivanesan berkata dua notis kesalahan yang dikeluarkan adalah berkaitan kuantiti isipadu minima minuman beralkohol kurang daripada 700 mililiter.

“Sepanjang pemeriksaan itu juga, sebanyak 11 sampel telah diambil setakat ini, namun keputusan makmal belum diterima,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan penguatkuasaan pindaan peraturan berkaitan minuman beralkohol di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan telah mewartakan pindaan peraturan tersebut pada 27 Mei 2016 dan pindaannya berkuat kuasa pada 16 Okt 2018 lalu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2