Swasta-awam digesa tubuh tabung kebajikan bantu pesakit kanser kurang mampu - Dr Dzulkefly

PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa hospital swasta menjalin kerjasama dengan kerajaan untuk menubuhkan tabung kebajikan bagi membantu pesakit kanser kurang berkemampuan.

Beliau berkata kerjasama seumpama itu dapat mengurangkan beban kewangan pesakit kanser yang berpendapatan rendah, serta memberi mereka akses rawatan termasuk terapi sasaran.

“Kami (kementerian) terbuka kepada semua bentuk kerjasama sama ada dalam bentuk penyelidikan klinikal atau usaha-usaha seperti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kami memang galakkan. 

“Kami mahu menggalakan orang awam berkongsi CSR swasta kerana kita mahu akhirnya memberikan penjagaan kesihatan terbaik, khususnya kepada kumpulan berpendapat rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Tabung Kebajikan Terapi Sasaran Untuk Pesakit Kanser Payudara di sini.

Tabung kebajikan itu ditubuhkan hasil inisiatif CSR oleh Beacon Hospital dengan kerjasama syarikat bioteknologi Roche Malaysia untuk membantu pesakit kanser payudara mendapatkan akses kepada rawatan inovatif pada harga berpatutan.

Di bawah inisiatif CSR itu, pesakit yang layak akan diberi akses kepada rawatan kanser pada kadar subsidi iaitu sebanyak RM2,500 bagi setiap sesi terapi sasaran berbanding harga rawatan asal antara RM8,000 hingga RM10,000 bagi setiap sesi. 

Di samping itu, Dr Dzulkefly turut mengingatkan orang ramai untuk menjalankan saringan awal kanser bagi meningkatkan peluang untuk sembuh dan bebas kanser dengan rawatan sedia ada.

Katanya kebanyakan pesakit kanser hanya mendapatkan rawatan apabila mereka sudah berada di tahap tiga dan empat yang dianggap sukar untuk diubati. 

“Kurang kesedaran tentang penyakit, budaya tunggu dan lihat, sikap tidak melakukan pemeriksaan awal dan kos rawatan tinggi antara sebab pesakit kanser payudara hanya mengetahui penyakit mereka di peringkat akhir,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018